Mangsa tetak meninggal dunia, penganggur naik mahkamah lagi atas tuduhan bunuh

Seorang penganggur yang mengaku bersalah sebabkan kecederaan kepada pengawal keselamatan di hadapkan ke mahkamah sekali lagi atas tuduhan membunuh.

 

Tertuduh didakwa berdepan hukuman Seksyen 302

Tertuduh, R.Subramaniam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini untuk didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan itu dibuat susulan tindakan polis mengklasifikasikan semula kes mencederakan mangsa, ismail Ahmad yang berlaku di sebuah tapak projek perumahan sebagai kes bunuh.

Ia selepas mangsa yang menerima rawatan sejak Khamis lalu di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) meninggal dunia kira-kira jam 6 petang pada Ahad.

 

Tiada sebarang pengakuan

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan, tertuduh hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Subramaniam yang tiada pekerjaan tetap didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian terhadap Ismail di kawasan pos pengawal Tapak Projek Perumahan Siera 4, Bukit Bayan di sini pada 4.40 petang 4 April lalu.

Cuma mengaku cederakan mangsa

Semalam, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan mengaku bersalah kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin selain mengenakan syarat tambahan dengan meminta tertuduh melapor diri setiap awal bulan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda sehingga kesnya selesai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen