Menjadi kebiasaan rakyat Malaysia membeli air minuman di gerai-gerai tepi jalan atau di pasar malam. Selalunya air yang dihindangkan itu mempunyai pelbagai jenis serta miliki warna yang membuatkan sesiapa sahaja ‘terliur’.
Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan penjual air balang sedang membancuh air tersebut sebelum memulakan jualan.
Namun, apa yang mengejutkan ramai adalah cara air tersebut dibancuh menggunakan air mentah atau air paip.
Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Monkeykingasia itu memaparkan seorang pekerja di gerai berkenaan memasukkan saluran air ke dalam bekas air bancuhan tersebut.
@monkeykingasia #kuching festival #kuchingsarawaktiktok ♬ Original Sound - Unknown
Malah, paip tersebut diambil diatas tanah yang pastinya sudah dibaluti dengan kotoran namun terus di masukkan ke dalam air balang tersebut.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah festival di Sarawak beberapa hari lalu.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut melihat kejadian tersebut. Namun, ada juga peniaga air yang berpendapat bahawa tidak semua peniaga seperti itu.
Bahkan mereka juga menyatakan bahawa perkara itu sebenarnya sudah menjadi kebiasaan buat para peniaga air minuman.
Sebab tu tak beli
Jangan kata semua macam tu
Punca sakit perut
Tinggalkan Komen