Buli 'maskot' OKU di tempat awam, budak lelaki nangis dimarah ibu, tetap tak mengaku salah

Marahnya seorang ibu atau ayah, bukanlah kerana benci tetapi kerana ingin melihat anak-anak membesar menjadi 'orang'.

Mungkin cara itu nampak kasar, namun setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk memberi teguran kepada anak mereka selagi mana tidak membawa kepada kemudaratan.

Kacau 'maskot' itik cari rezeki

Mengambil iktibar dari perkongsian di Tiktok, menyaksikan tindakan seorang budak lelaki mengganggu individu bermaskot itik di tempat awam.

 

@ohmyganung Kes budak buli OKU cari rezeki dah selesai. Parent dia dah contact admin. Pesanan untuk semua, pantau anak anak. #telukcempedak ♬ original sound - ohmyganung

 

Difahamkan, pemilik maskot berkenaan merupakan golongan orang kelainan upaya (OKU) dan hal itu sekaligus membuatkan ramai tidak menyenangi akan tindakan kanak-kanak terbabit.

"Dia buat, dia nangis"

Meninjau pula ke ruangan komen, ramai luah geram dengan sikap budak lelaki itu yang menurut mereka terlalu kuat drama apabila melihat caranya meletakkan diri seolah-olah menjadi mangsa keadaan.

"Ringan je tangan aku..."

"Eh geramnya!"

Penjaga tampil mohon maaf

Bagaimanapun, hal itu telahpun sampai ke pengetahuan penjaga budak lelaki tersebut dan menerusi video sama dapat disaksikan gelagatnya sewaktu dimarahi si ibu.

Malah, pemilik akaun juga memaklumkan penjaga kanak-kanak itu telahpun membuat permohonan maaf berhubung tindakan anaknya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen