Kumpulan pertama tiba, majikan boleh mulai mohon pengambilan pekerja Bangladesh

Untuk makluman, hari ini Malaysia telah menerima kedatangan kumpulan pertama pekerja warga Bangladesh bagi sektor pembuatan.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri M Saravanan dan memaklumkan mereka dijangka akan masuk ke Malaysia secara berperingkat.

 

Kumpulan pertama pekerja Bangladesh tiba di Malaysia

Ujarnya, kemasukan itu adalah susulan daripada Memorandum Persefahaman (MOU) Mengenai Penggajuan Pekerja Warga Bangladesh yang ditandatangani oleh kedua-dua negara pada 19 Disember tahun lalu.

“Ketibaan para pekerja ini disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia dan kumpulan pekerja ini akan digajikan untuk sektor pembuatan.

“Selain itu, Suruhanjaya Tinggi Bangladesh pada minggu lalu juga mengesahkan permohonan daripada 80 majikan tempatan yang melibatkan penggajian seramai 6,000 warga Bangladesh,”

-Saravanan-

Majikan boleh mohon di Suruhanjaya Tinggi

Sementara itu, bagi majikan yang membuat bayaran levi kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan bercadang untuk menggajikan pekerja warga Bangladesh, mereka boleh memohon pengesahan (attestation) penggajian dan dokumentasi seperti kontrak pekerjaan serta pesanan kerja ke Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia.

 

Isu dengan negara lain selesai

Saravanan turut menambah, pihaknya sudah menyelesaikan isu-isu dengan semua negara sumber dan Malaysia mula menerima pekerja dari semua negara termasuk Bangladesh da Indonesia.

Bukan itu sahaja, Malaysia juga dijangka menandatangani MoU berhubung pengambilan pembantu rumah warga Kemboja awal September depan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen