Jemput Boss James bagi 'talk', netizen sokong tetamu pilihan sekolah. -"Ini baru betul!"

Kedatangan 'influencer' bernama Boss James ke SMK Tunku Ampuan Najihah, Seremban untuk memberi ceramah motivasi mendapat sorotan daripada warganet.

Bukan sahaja dirinya, bahkan pihak sekolah juga mendapat pujian kerana memilih tetamu undangan yang tepat bagi program tersebut.

 

Luah syukur program lancar

Menerusi perkongsian usahawan itu, beliau meluahkan rasa teruja dan syukur kerana diberi peluang untuk berdiri dan berucap di hadapan pelajar-pelajar serta warga pendidik di situ.

 

 

"Syukur dan terima kasih atas jemputan daripada pihak sekolah untuk berkongsi dengan adik-adik semua! "

"Sesi kali ini berjalan dengan lancar dan ceria, semua peramah dan baik-baik menyambut kami."

"Ini baru betul ikon permotoran"

Meninjau ke ruangan komen, majoriti pengikutnya turut gembira dengan perkongsiannya selain akui sosok itu memang layak untuk menyampaikan motivasi di luar sana.

 

"Boleh jadi idola"

"Menangis Stopa tengok ni"

Adapun begitu, siapa sangka segelintirnya mulai mengimbau semula 'moment' Haqiem Stopa yang juga pernah menjadi tetamu jemputan di sebuah sekolah, namun mendapat kritikan hebat netizen.

 

"Pakaian pun kemas"

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen