Sejak semalam tular di media sosial foto seorang model wanita yang berpakaian menjolok mata pada Kedah Fashion Week 2022 (KFW22).
Gambar yang memaparkan susuk tubuh wanita dengan berpakaian berbaju berona hijau itu mendapatkan kritikan ramai berikutan terlalu menjolok mata.
Memetik laporan Harian Metro, kerajaan negeri akan mengemabil tindakan terhadap penganjut KFW22 termasuk memanggil pihak berkenaan untuk memberi penjelasan selepas menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, hasil semakan, pihak penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fashion Week yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.
"Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya," katanya.
Tinggalkan Komen