Tiba2 melintas jalan, kanak2 patah tulang selangka lepas dirempuh kereta

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, tular di media sosial akan video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dirempuh kereta dengan jarak dekat ketika melintas jalan di Jalan Wakaf Aik, Bahok Kota Bharu.

Memetik laporan BH Online, kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun itu dikatakan patah tulang selangka dalam kejadian kira-kira jam 3 petang.

Mangsa, Mohammad Naufal Zafran Abdul Fattah yang turut cedera pada badan kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohd Ismail Jamaluddin, berkata ketika kejadian sebuah kereta Proton Exora yang dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Besut menghala ke Pengkalan Chepa.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang kanak-kanak lelaki melintas secara tiba-tiba pada jarak dekat menyebabkan mangsa dilanggar.

"Pada masa sama, pemandu Proton Exora yang cuba mengelak itu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Myvi.

"Disebabkan pelanggaran itu, mangsa cedera pada badan dan patah tulang selangka sebelum dikejarkan ke HUSM untuk rawatan," katanya.

Hasil siasatan mendapati, ketika kejadian, mangsa dipimpin tangan oleh bapanya di bahu jalan sebelum kanak-kanak itu merentap tangannya dan berlari melintas jalan.

"Kedua-dua pemandu kereta tidak cedera dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen