Bapa, kepada adik Ainul Mardhiah sekali lagi berkongsi kepada orang ramai akan anaknya yang dikatakan berada dalam keadaan sangat tidak memusakan.
Menerusi laman Facebook Ahamd Safiuddin, 27, memaklumkan adik Ainul kini diberi bantuan pernafasan dan ditidurkan bagi tujuan untuk merehatkan badan serta otaknya daripada sawan berulang.
"Ainul nampak penat sangat selepas diserang sawan panas banyak kali.
"Hari ini, biarlah dia berehat. Saya doa semoga Allah bukakan jalan dan bimbing doktor cari punca masalahnya.
"Doktor semua sedang berusaha keras mencari jalan rawatan yang terbaik, saya menyaksikannya. Kakak-kakak misi (jururawat) pun semua jaga Ainul dengan baik," luahnya.
Dalam pada itu, Ahamd Safiuddin turut memaklmkan dia reda dan menerima kententuan Illahi dan bersedia akan kemungkinan terhadap anaknya.
"Kita usaha, kita doa dan akhir sekali, kita kena sedar bahawa Allah jualah pemilik segala kesembuhan dan kesihatan.
"Dia (Allah) kalau nak bagi, tidak ada satu tangan pun boleh halang. Begitu juga jika Dia (Allah) nak tarik nikmat nikmat yang ada dalam hidup kita hari ini.
"Saya reda dan saya dah halalkan anak saya. Apa yang bakal berlaku, saya percaya itulah yang terbaik dari-Nya," katanya.
Untuk makluman, pada 1 Ogos lalu adik Ainul dilaporkan berada dalam keadaan kritikal namun kembali stabil dan mesin ventilator juga telah dimatikan.
Tinggalkan Komen