"Dia maknyah..." -Penganjur mohon maaf, janji lebih peka dengan etika pemakaian tetamu

Ekoran tular beberapa keping gambar individu berpakaian tidak senonoh sewaktu menghadiri Minggu Fesyen Kedah 2022 (KFW22) di Kedah, pihak penganjur tampil memohon maaf.

 

"Pihak kami kesal..."

Perkara itu dimaklumkan oleh pihaknya dalam satu kenyataan serta memaklumkan bahawa individu terbabit adalah tetamu pada acara itu, bukan model yang memperagakan fesyen.

“Pihak kami kesal dengan perkongsian foto seorang tetamu yang hadir ke KFW22 di mana gambarnya tidak mencerminkan kod etika pemakaian ditetapkan pihak penganjur. 

“Pihak kami kesal atas segala kesulitan dan akan memastikan etika pemakaian yang ditetapkan di mana-mana majlis di Aman Central akan dipantau dengan lebih ketat selepas ini,” 

'Fashion week' acara tahunan

Memperincikan lagi acara tersebut, pihaknya berkata acara tersebut dilakukan setiap tahun bagi memperomosikan pakaian berjenama selain menampikan barisan pereka fesyen berbakat tanah air.

“Penganjuran kali ini adalah penampilan semula selepas dua tahun acara dibatalkan pada tahun-tahun sebelumnya akibat negara dilanda pandemik,”

Mungkin imej 4 orang, orang berdiri, kasut dan teks yang berkata '나'

Mungkin imej 4 orang, orang berdiri dan dalam

"Dia maknyah..."

Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaharu Dato' Dr Mohd Hayati Bin Othman yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuas Kesihatan dan kerajaan tempatan memaklumkan penganjur acara itu telahpun menemuinya.

 

 

Menurut Dr Mohd Hayati, individu tersebut adalah seorang 'maknyah' yang berlakon seperti seorang model.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen