Disyaki langgar titah Sultan? JAIS siasat surau guna pembesar suara waktu kuliah subuh

Sejak semalam, kecoh di media sosial akan dakwaan seorang lelaki mengamuk di sebuah surau di Ampang Campuran kerana menggunakan pembesar suara untuk menyampaikan kuliah subuh.

Kejadian itu kemudian menjadi campur tangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut.

Arahan dah dikeluarkan sejak 2017

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, JAIS telah mengeluarkan arahan kepada pentadbir masjid dan surau seluruh Selangor pada 23 Oktober 2017 berhubung penggunaan pembesar suara luar tidak dibenarkan untuk sesi kuliah.

Tambah Shahzihan, itu adalah selaras titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris berhubung pembesar suara pada 16 Oktober 2017.

“Sultan Sharafuddin dengan jelas menitahkan bahawa penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah hendaklah dihadkan di dalam ruang atau dewan masjid dan surau sahaja.

“Pembesar suara luar hanya boleh digunakan bagi tujuan azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran bagi tempoh pendek sebelum azan dilaungkan,”

-Shahzihan-

Surau disyaki langgar titah Sultan?

Titah baginda dibuat agar imej dan kemuliaan agama Islam sebagai suatu sistem cara hidup yang sempurna dan dinamik.

“Justeru, siasatan lanjut akan dibuat mengikut Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No.9 Tahun 1995 kerana disyaki berlakunya satu perbuatan melanggar titah Sultan Sharafuddin atas sifat baginda sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini,”

-Shahzihan-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen