Rasa bersalah sebabkan kemalangan, 'uncle' dipuji rendah diri, tak henti minta maaf di balai polis

 

Apabila seseorang itu terlibat dalam kemalangan, perasaan trauma dan panik itu semestinya menyelebungi diri.

Dalam waktu sama, mulai terfikir adakah kita sendiri telah berbuat silap sehingga menjadi punca kepada sesuatu insiden.

 

Terjumpa pemilik kereta di balai polis

Begitulah juga yang mungkin dilalui oleh pakcik ini.

Menerusi perkongsian seorang 'influencer' bernama Alif Teega, dia ada memuat naik sebuah video menyaksikan keadaan keretanya selepas terlibat dalam kemalangan di lebuhraya.

 

@alifteega

Alhamdulillah, haza min Fadhli Rabbi. Ada rezeki yang Allah aturkan. sempat saya berbual dengan uncle ni. Seronok bersembang. Moga dimudahkan urusan uncle ya. Minta maaf uncle susahkan uncle hari ni❤️

♬ Kal Ho Naa Ho - Shankar Ehsaan Loy & Sonu Nigam

 

Usai menguruskan hal berkaitan kereta, dia kemudiannya ke balai polis untuk membuat laporan pula.

Banyak kali minta maaf

Ketika di situ, dia terserempak dengan pemilik kereta yang telah bertembung dengannya.

Pun begitu, dia tidak menyangka lelaki berstatus pakcik itu terlalu merendah diri sehingga berulang kali meminta maaf di atas kejadian menimpa mereka berdua.

"Dia tak marah pun, senyum je"

Lebih menyentuh emosi, air mata pakcik itu mengalir sewaktu Alif menghulurkan duit kepadanya.

Walaupun pada awalnya pakcik itu menolak pemberian tersebut, tetapi akhirnya dia mengambil juga dengan pujukan Alif.

"Nampak macam garang"

Menjengah ke ruangan komen, netizen terharu dengan adab pakcik berkenaan yang sememangnya jarang ditemui ketika ini.

"Susah nampak orang pemaaf ni"

"Indah bila ego letak tepi"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen