Dakwa dibuli cikgu, netizen tampil 'backup'. -"Itu didik, bukan buli"

Perkongsian pemilik akaun Tiktok bernama meshan menjadi sorotan warganet ketika ini.

Demikian menyaksikan tindakan seorang guru memarahi seorang pelajarnya berbangsa India yang didapati telah merosakkan harta benda di sekolah.

Marah pelajar vandalisme di sekolah

Dalam paparan itu, kedengaran cikgu itu bertanya kepada pelajar terbabit motif dia menconteng dinding, mengetuk pintu sehingga hampir roboh serta cubaan pecahkan pasu bunga.

@meshan229

Guru smk seremban Jaya 2 buli pelajar India di sekolah tersebut. Apakah tindakan yang ambil oleh pihak sekolah, PPD, JPN, Adun SJ yb Guna

♬ original sound - meshan

 

"Benda elok you jadikan tak elok, kenapa you buat macam tu?"

"Apa masalahnya cuba bagitahu, kitaorang nak tolong you ni?"

Individu anggap cikgu buli pelajar?

Tidak dengan itu, dalam video sama kedengaran juga suara seorang lagi guru memberi amaran kepada pelajar tadi jika bapanya tidak hadir ke sekolah sebelum jam 12.30 tengahari.

Beserta dengan video tersebut, pemilik akaun menerusi kapsyennya menulis bahawa kejadian berlaku di SMK Seremban Jaya 2 selain meminta pihak atasan mengambil tindakan kerana guru terbabit telah membuli pelajar.

"Apa yang buli?"

Adapun begitu, ramai menyelar dakwaan pemilik akaun yang beranggapan bahawa tindakan guru itu adalah sewajarnya untuk memberi pengajaran kepada pelajar.

"Saya setuju dengan cikgu ni"

"Tindakan yang tepat"

"Vandalisme kesalahan besar di sekolah"

Lebih-lebih lagi apabila mendapati mereka ada melakukan kesalahan sepertimana yang dilakukan oleh pelajar tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen