Buat video nak 'support' Malakat Mall, pemuda kesal dituduh sebar fitnah pula

Baru-baru ini, kita telah didedahkan akan kewujudan sebuah pusat membeli belah dikenali sebagai Malakat Mall yang terletak di Cyberjaya.

Ingatkan nak tolong 'promote'

Hal itu dikongsi oleh pemilik akaun Tiktok bernama Aqlan rosli yang memaklumkan bahawa pusat membeli belah itu sepi dan sunyi tanpa pengunjung. 

@aqlanrosli_ Apa punca sebenarnya Malakat Mall ni takde org? #fyp #tiktokmalaysia ♬ original sound - Aqlan

Justeru itu, dia memuat naik satu video pendek bagi mempromosikan Malakat Mall sekaligus berharap agar pusat beli belah itu akan mendapat sambutan selepas ini.

Kesal dituduh sebar fitnah

Adapun begitu, lain pula yang diperoleh selepas video itu tular bilamana dia dituduh menyebar fitnah oleh beberapa individu.

@aqlanrosli_ 2 hari straight dh ni kena kata mcm ni jam kepala otak 😂. #fyp #tiktokmalaysia #malakatmallcyberjaya ♬ Lofi - Domknowz

 

Menerusi video itu, dia kesal apabila niat baiknya disalah erti sehingga ada yang tergamak membuat tuduhan tersebut ke atasnya.

Siap hantar gambar kemeriahan Malakat Mall

Bagi menguatkan lagi tuduhannya ke atas Aqlan, penghantar mesej itu turut berkongsi suasana di dalam Malakat Mall yang meriah dikunjungi orang ramai, seolah-olah ingin mengatakan bahawa pemuda itu berbohong.

 

 

 

"Ambil yang positif je"

Ikut simpati mengenangnkan nasib pemuda itu, warganet tidak ketinggalan titip kata-kata semangat buatnya kerana mereka faham dan jelas dengan tujuannya, namun mungkin segelintirnya beranggapan sebaliknya.

 

"Orang yang komen, tak pernah pergi pun"

"Niat budak ni baik"

"Kat mana yang fitnahnya?"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen