Lama tunggu makanan sampai, gadis terkilan 'order' dijamah 'rider'? -"Dahlah lapar!"

Melihat kesungguhan geng 'rider' berhempas pulas keringat di bawah terik dan hujan mencari rezeki membuatkan kita tersentuh.

Namun, dalam waktu sama mereka juga mampu membuat kita marah dan kecewa bukan sahaja dengan servis, bahkan juga sikapnya.

 

Terkilan pesanan makanan tinggal sisa

Menelusuri perkongsian Nur Fatini, menyaksikan keadaan dua jenis makanan yang dibeli di sebuah restoran menggunakan aplikasi penghantaran atas talian  (online).

@makcik_mistik apa menda ni? @grabfoodmy ♬ original sound - Nblh Khms - Nabilah Khamis

 

Pun begitu, apa yang membuatnya kecewa apabila sekian lama menunggu makanan tersebut sampai ke rumah tetapi 'sisa' pula yang diterima, seakan telah dijamah.

"Confirm rider ambil!"

Bercerita lanjut akan kejadian itu, pemilik akaun yakin bahawa makanan tersebut dimakan oleh 'rider' berkenaan kerana usai menghantar pesanan mereka, dia terus memecut laju.

Malah, dia juga tidak sempat meminta duit baki daripada 'rider' berkenaan.

 

"Kesiannya, tak bertanggungjawab rider tu"

Meninjau ke ruangan komen, ramai luah kasihan dengan  nasib gadis itu, namun dalam waktu sama tidak menyangka ada individu tergamak berbuat demikian tanpa rasa bersalah.

"Berani buat macam tu"

"Kalau lapar, ada cara lain"

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen