Tindakan beberapa orang pemuda memadam kebakaran motosikal di tengah lebuhraya dihujani pelbagai respon daripada warganet.
Cara pemuda padam api jadi perhatian
Bukan setakat pujian, mereka juga menjadi bualan ramai susulan melihat cara masing-masing berusaha memadam api yang makin marak.
Detik kejadian dapat dilihat menerusi perkongsian portal Ehailing.fm di laman Facebook.
"Betul ke tu?"
Dalam video berdurasi 23 saat itu, memaparkan gelagat beberapa orang pemuda mengipas api yang 'menjilat' keseluruhan bahagian motosikal tersebut menggunakan dahan pokok yang dipenuhi dengan dedaun.
"Dikipas macam satey"
Meskipun usaha tersebut tidak berhasil, namun mereka tetap dengan cara itu sehingga membuatkan warganet hilang kata mengenangkan tindakan tersebut.
"Bahaya, takut meletop"
"Patutnya pakai pasir..."
"Ramai tu tengok je ke?"
Lebih mengundang simpati, kesemua yang berada di situ kelihatannya tidak mengetahui ilmu asas mengawal keadaan itu, sebaliknya lebih selesa menjadi pemerhati.
Tinggalkan Komen