Tindakan seorang lelaki merakam perbualannya dengan polis sewaktu ditahan akhirnya memakan diri selepas dia teruk menjadi bahan tawa netizen.
"Kenapa dia lepas, saya tak lepas?"
Menerusi video berdurasi 54 saat itu, kedengaran suara lelaki itu menyatakan rasa tidak puas hati apabila polis menahannya, sedangkan kereta sebelumnya terlepas.
"Kenapa dia lepas, saya tak lepas?"
"So, maknanya polis tak adil lah. Dia tahan siapa dia nak, lepas siapa dia nak?"
Kena tegur dengan polis
Bagaimanapun, anggota trafik itu tidak mendiamkan diri sebaliknya menyelar tuduhan lelaki terbabit yang menganggapnya berat sebelah.
Bukan itu sahaja, anggota terbabit juga meminta lelaki tadi untuk tidak mempertikai tugasnya dan menyelesaikannya di dalam mahkamah.
Nak 'backup', tapi dikecam
Menjengah ke ruangan komen, ramai mentertawakan tindakan lelaki itu berbuat demikian.
"Kaki petik dia ni"
Mungkin dia beranggapan warganet akan berpihaknya padanya selepas video itu tular, namun sebaliknya pula terjadi bilamana masing-masing menganggapnya 'kaki petik'.
"Tunjuk-tunjuk orang pula"
"Pertikai kerja polis satu hal"
Tinggalkan Komen