Nasi sudah menjadi bubur.
Peribahasa itu bagi menggambarkan nasib yang menimpa seorang pemuda selepas mendapati duit tabungannya berjumlah RM10K rosak dimakan anai-anai.
RM10K dimakan anai-anai
Menerusi sorotan yang dikongsi, menyaksikan keadaan wang kertas bernilai RM100 miliknya sudah rosak dimakan dek anai-anai yang bersarang di dalam tabung tin.
@azlijee8 putih mata 10k😥 modal alejek pisang.. #rxzmembers #fypシ ♬ original sound - Suprie Belenyon
Barangkali sudah lama tidak dibuka, jelas sekali pemuda itu terkejut melihat keadaan duit yang selama ini dikumpul musnah sebegitu rupa.
"Boleh hantar bank"
Di dalam keresahannya, mungkin dapat memberi sedikit kelegaan buat pemuda itu bilamana ada yang mengatakan bahawa kesemua duit tersebut boleh ditukar.
"Nombor siri ada lagi tu"
Pun begitu, dia perlu memastikan nombor siri pada wang kertas berkenaan jelas kelihatan sebagai syarat untuk membuat pertukaran nanti.
Tinggalkan Komen