Peninju Thailand maut lepas kalah bertarung dengan peserta Malaysia

Oleh: Zuzu Yasmine

Takziah! Seorang peninju Thailand maut selepas tewas dalam perlawanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di padang sebuah kolej di Kampung Che Deris, Badang Kota Bharu, semalam.

 

Mangsa dikenali sebagai Mr.Kitticahi Chaengkhao dikatakan mengalami pendarahan otak dan telah dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Bagaimanapun, peninju berusia 28 tahun itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.57 pagi selepas menerima rawatan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil siasatan mendapati semasa kejadian malam kelmarin mangsa sedang berlawan dengan seorang peninju tempatan berusia 29 tahun.

 

Katanya, mangsa yang sudah kalah ketika itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Badang untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan HRPZ II  selepas hampir 10 jam menerima rawatan,” katanya.

Dalam pada itu, mangsa didapati memasuki negeri ini secara sah dan mempunyai dokumen yang lengkap untuk menyertai perlawanan Muay Thai.

Katanya, mayat mangsa sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak dibawa ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan(CIQS) Rantau Panjang sebelum diserahkan kepada waris pada pukul 8 malam semalam.

“Polis sudah mengambil keterangan daripada pihak penganjur untuk membantu siasatan.

“Kita mengesahkan penganjur mempunyai permit untuk mengadakan perlawanan tersebut dan kes berkenaan diklasifikasikan mati mengejut,” ujarnya.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen