‘King’ halang laluan OKU, wanita kecewa pemandu ‘blah’ tanpa rasa bersalah

Oleh: Zuzu Yasmine

Golongan orang kurang upaya (OKU) sering kali diambil kesempatan terutama terhadap kemudahan yang disediakan buat mereka ini.

Tidak kiralah tandas mahupun parkir, namun laluan memudahkan mereka juga sering ‘dikebas’ oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

 

Baru-baru ini, tular di media sosial yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Intan Harith yang memaparkan bapanya berkerusi roda bersama anak di dalam ‘stroller’.

Difahamkan, bapanya yang berkerusi roda itu ingin turun dari laluan tersebut namun terhalang oleh sebuah kereta Perodua Myvi yang parkir di kawasan berkenaan.

@intanharith

Bethol lah org Cakap ... Organ paling Mahal ialah OTAK .... sebab jarang Guna .. VIRAL KAN JE

♬ bunyi asal - Mhd Aizzat - AizzatFromYT

Susulan itu, wanita berkenaan terpaksa mencari cara lain untuk membawa ayahnya turun selain bengang akan sikap pemandu tersebut.

 

Tambahnya, selepas berjaya menurunkan ayahnya, pemandu kereta berkenaan datang dengan tanpa bersalah sekaligus tidak meminta maaf.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bengang akan tindakan pemandu berkenaan. Malah, mereka juga berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu itu.

Patut kena towing 

Belum habis belajar 

Wajar pecahkan cermin 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen