Tak tahan kena perli, Haqiem Stopa 'kantoi' menyorok bawah meja elak dari peminat

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan sahaja peminta RXZ yang turut serta dalam RXZ Gathering member 2022 yang berlangsung di Terengganu, namun TikToker terkenal Haqiem Stopa juga tidak ketinggalan untuk menyertai acara itu.

Malah, kemuculan ikon permotoran itu bukan sahaja membuat peminat teruja namun tidak melepaskan peluang untuk bergambar serta beramah mesra dengannya.

 

Kena bahan depan-depan

Bagaimanapun, ketika acara tersebut berlangsung, Haqiem dilihat reda selepas diperli oleh salah seorang peminatnya dengan menyanyikan lagu persembahan kumpulan Ubi di Muzik Lawak Superstar 3.

Video yang dimuat naik oleh Ryanraikal_ itu dapat dilihat riak wajah Haqiem yang tidak selesa sekaligus meminta peminatnya itu untuk menukar lagu yang lain.

@ryanraikal_ HAHAHAHAH mantap @Haqiem_stopa #stopa ♬ bunyi asal - Bro.max

Menyorok dari peminat.

Lebih lucu lagi apabila seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Dollohniboss turut berkongsi momen ikon permotoran itu sedang menyorok di bawah meja dipercayai mengelak dari peminatnya.

@dollohniboss lari dri polis❌ lari dri peminat✅😂😂😂😂#fyp #fypシ #fypsounds #rxzstilltheboss🔒 #rxz_members_official #rxzmembers4 ♬ original sound - MATTRANDOM☑️

Difahamkan, dia bertindak sedemikian kerana tidak tahan menjadi bahan peminatnya yang ditemui di acara itu.

 

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet memuji Haqiem yang terlihat masih tenang walaupun dibahan secara terang terangan.

Bahkan, mereka turut mendakwa bahawa pemuda itu juga merupakan manusia biasa yang tahu erti penat bila dibahan beramai-ramai.

Muka macam koyak tu

Ikon penat kena bahan

Koyak-koyak pun still layan peminat

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen