Sabtu lalu Litar Permotoran Terengganu, Komplekas Sukan Gong Badak dipenuhi sekurang-kurangnya 30,000 peserta bagi menghadiri RXZ Member 4.0 2022 selepas dua tahun tidak dapat dianjurkan.
Bagaimanapun kemeriahan tersebut diakhiri dengan sesuatu yang menyakitkan mata ramai apabila sampah sarap merata-rata di lokasi berkenaan.
Berdasarkan foto yang dimuat naik di laman Facebook Bernama, dapat dilihat kawasan berkenaan menjadi kotor disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pengujung acara berkenaan.
Bahkan, bagi memastikan kawasan tersebut kekal bersih, pekerja pembersihan yang ramai diperlukan bagi mengutip sampah sarap yang ditinggalkan.
Perkongsian itu telah mengundang pelbagai kecaman dari netizen yang rata-rata geram akan mentaliti kelas ketiga pengujung acara berkenaan.
Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa pihak penganjur kurang menyediakan tong sampah punca perkara ini berlaku
Hobi mahal mental murah
Low class
Tanggungjawab penganjur ni
Sampah masyarakat
Tinggalkan Komen