Tak ada unsur gangsterisme, pihak polis dah tahu siapa pelaku kes buli di MRSM Kuantan?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak beberapa hari lalu, tular akan kisah misteri terhadap seorang pelajar tingkatan dua yang bersekolah di MRSM Kuantan.

Susulan dari kejadian tersebut, pihak polis telah menerima laporan dari ibu mangsa serta pihak sekolah.

 

Berdasarkan siasatan yang telah dilakukan, tiada sebarang unsur gangsterisme dalam kejadian ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Cikgu Fadli Salleh memaklumkan bahawa pihak polis berkemungkinan telah mengetahui siapa pelakunya.

Bagaimanapun, tidak mahu menghebohkan kepada orang ramai bagi menjaga emosi pelaku kerana bimbang sekiranya pelaku mempunyai masalah emosi.

“Pendek kata, tak ada kes buli, tak ada pembuli dan tiada yang dibuli. Itu yang saya faham dengan kenyataan media ini.

“Rasanya pihak polis dah tahu siapa pelaku, namun tidak menghebohkan untuk menjaga emosi pelaku kerana besar kemungkinan pelaku kes ini ada masalah emosi,” tulisnya.

 

Dalam pada itu, pihaknya juga berpendapat bahawa kes tersebut telah selesai sekaligus berharap agar segala kecaman dan sindiran dihentikan terhadap pelaku.

“Kita doakan adik ini kembali sihat hendaknya. Minta tolong jangan kecam dan sindir pelaku walau kalian dapat teka siapa orangnya. Jangan disebabkan kata-kata kita, emosi pelaku lebih teruk hingga mungkin mencederakan diri, melarikan diri dan seumpamanya.

“Mereka ini masih kecil. Baru menjengah alam remaja. Belum matang elok fikirannya. Jangan dera lagi emosi mereka,” tambahnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial akan posting yang dibuat oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Nazrah Mohamed yang mendakwa anaknya telah dibuli di MRSM Kuantan.

 

Bahkan, wanita berkenaan turut berkongsi beberapa kejadian aneh yang telah dilalui anaknya seperti menerima nota misteri, dipotong rambut serta seragam sekolah dikoyakkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen