Jual nasi ayam tak halal? Peniaga tutup gerai secara rasmi undang persoalan ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam, tular akan sebuah video memaparkan dua lelaki Melayu yang datang ke restoran bukan Islam di Paya Terubong bagi mengambil pesanan nasi ayam sebelum dipercayai dijual kepada pelanggan mereka.

Susulan itu, peniaga nasi ayam berkenaan ayam dan itik di Sungai Ara, Bayan lepas itu tampil menjelaskan bahawa mereka hanya membasuh barang perniagaan di premis berkenaan.

Menurut Ahli Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain, pihaknya telah bertemu dua individu berkenaan dan meminta penjelasan dari peniaga tersebut.

Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Huda Sungai Ara itu juga memaklumkan sekiranya peniaga itu berada di pihak yang benar, mereka perlu membuat laporan polis.

"Dua individu terbabit menyatakan tujuan mereka ke premis yang terletak di Paya Terubong itu adalah untuk mencuci perkakas perniagaan yang digunakan.

"Bila saya jumpa mereka dan tunjuk video yang menunjukkan beberapa barang seperti bekas makanan dihantar ke sebuah kedai makan bukan Islam di Paya Terubong dan mereka tidak menafikan perkara itu dan kata hantar untuk basuh barang niaga sahaja.

"Bila saya tanya makanan masak di mana mereka jawab di sebuah premis di Persiaran Gurney. Masak di Gurney, jual di Sungai Ara tetapi hantar barang untuk dibasuh di Paya Terubong bukankah tidak masuk akal?" katanya.

Dalam pada itu, dia juga mengakui sedikit ragu apabila kedai makan dan gerai peniaga tersebut memiliki menu yang sama iaitu nasi ayam dan nasi itik dan dikhuatiri berlaku percampuran bukan sahaja dalam aspek penggunaan bekas yang digunakan malah makanan itu sendiri.

Beliau difahamkan bahawa gerai peniaga terbabit popular selain pernah tular di media sosial dan mereka sudah berniaga di lokasi tersebut kira-kira setahun.

"Perniagaan mereka memang viral (tular) dan ramai orang beratur untuk beli makanan di situ dan kalau mereka rasa tidak bersalah sewajarnya buat laporan polis dan pertahankan perniagaan.

"Sebaliknya mereka umum tutup perniagaan secara rasmi dan perkara ini menimbulkan persoalan kepada orang ramai," katanya.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan peniaga nasi ayam di Sungai Ara di sini, mendapatkan bekalan daripada peniaga bukan Islam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen