Buat tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan sahabat atau kenalan, pastinya akan membawa hadiah sebagai buah tangan.
Malah, menjadi momen indah juga buat pengantin apabila membuka hadiah kahwin mereka kerana pelbagai barang diterima dan boleh digunakan apabila mulakan hidup sebagai pasangan suami isteri.
Hadiah buruk dan bau busuk?
Bagaimanapun, lain pula yang dialami oleh pengantin ini apabila menerima hadiah misteri tanpa nama pengirim sekaligus dalam keadaan menyeramkan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Ninaaa di TikTok, dia awalnya teruja apabila menerima hadiah bersaiz besar yang dibaluti kemas namun keadaan menjadi sebaliknya apabila terhidu bau busuk.
@ninaaanana Tq sgt kpd pemberi sy appreciate awk nk bgi hadiah tp sorry sngt2 sy terpaksa buang 😭🙏🏻 #fyp #misteri ♬ Amityville Horror - Scary Halloween Sound Effects - Halloween Sound Effects
Hadiah yang diterima itu merupakan sebuah thermo pot model lama malah turut miliki sarang labah-labah di dalamnya sekaligus membuatkan dia merasakan itu adalah barang terpakai.
Tidak mahu perkara buruk terjadi, keluarga Nina menghalang dia dan suami menyentuh hadiah berkenaan sebelum membuangnya.
Namun, Nina menghargai pemberian tersebut, sekaligus memohon maaf kepada pemberi kerana terpaksa membuang hadiah berkenaan.
Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman yang sama dengan wanita berkenaan.
Malah, mereka juga berpendapat bahawa hadiah tersebut dibawa kerana tidak mahu datang dengan tangan kosong.
Pernah dapat barang pelik
Tersilap hantar barang
Ikhlas pun tetap takut
Tinggalkan Komen