"Isu ini sensitif..." -Pemilik kedai nasi ayam, itik dipanggil bantu siasatan

Ekoran dakwaan yang dilemparkan ke atas peniaga Muslim di Sungai Ara, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menjalankan siasatan mendalam.

 

 

Pemilik kedai dipanggil

Timbalan Ketua Menteri I iaitu Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman memandang serius perkara tersebut kerana melibatkan isu sensitif terhadap umat Islam.

“Siasatan awal telah dibuat namun belum lengkap, masih ada lagi yang perlu diambil kira, kita akan siasat secara terperinci dan mendapatkan maklumat secara sahih sebelum tindakan diambil.

“Pemilik dan pekerja kedai serta beberapa individu yang didakwa terlibat dengan kedai makan itu telah dikenal pasti dan kemungkinan akan dipanggil untuk siasatan dalam masa terdekat,”

-Zakiyuddin Abdul Rahman-

Bagaimanapun, katanya aduan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung perkara itu masih juga belum diterima, namun siasatan dijalankan berdasarkan kandungan media sosial tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen