Pemilik luah kesal 'homestay' bersepah, tapi netizen pula 'backup' penyewa? -"Kan dah bayar..."

Sikap segelintir tetamu yang menyewa rumah inap adakalanya membuat kita sebagai pemilik rumah tidak habis fikir, di manakan letaknya sifat tolak ansur mereka.

Bukan ingin mengeluh, tetapi agak keterlaluan apabila melihat keadaan rumah yang bersepah dan berbau, walhal sebelum masuk semuanya berada dalam keadaan baik.

Sedih lihat 'homestay' bersepah

Mengambil pendekatan dari perkongsian Syazira, menyaksikan keadaan rumah inap miliknya yang disewa 'berantakan' dan berbau mengenangkan mereka tidak membuang sampah sebelum keluar.

 

@shazira86 🥹🥹 #eirahomestay #tambun ♬ Sedih - Instrumental - Asraf Studio

 

Bukan itu sahaja, beberapa perkakas dapur yang telah diguna juga dibiarkan tidak basuh, susunan perabut di ruang tamu juga tidak tersusun.

Netizeng 'backup' tetamu?

Jadi, sebagai pemilik rumah itu jelas sekali dia tertekan dan sakit mata melihat rumah tersebut seperti itu.

Namun begitu, siapa sangka ada pula netizen berpihak kepada tetamu berkenaan kerana menurut mereka pembayaran telah dibuat dan itu termasuklah perkhidmatan pembersihan.

 

"Benda ni normal"

 

"Tak payah berharap"

 

"Malu nak tinggalkan macam ni"

Bagaimanapun, segelintirnya luah kasihan dengan wanita terbabit selain akui bahawa tindakan tetamunya sudah keterlaluan.

 

 

 "Segan dengan tuan rumah"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen