Kongsi tempat basuh di restoran hidang daging khinzir, kedai nasi ayam viral sah tiada sijil halal

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kekecohan akan sebuah kedai nasi ayam viral di Pulau Pinang yang dipercayai tidak halal dan meragukan, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) telah pun membuat siasatan.

Mnenurut Pengarah JHEAIPP, Mohd Hanif Omar Wahab, hasil siasatan mendapati pemilik kedai tersebut yang juga seorang muslim mempunyai restoran nasi ayam dan itik di sebuah kompleks beli belah.

Walau bagaiamanapun, premis di kompleks beli belah itu adalah milik bersama antara lelaki muslim serta seorang lagi pemilik bukan Islam.

“Siasatan dijalankan pada hari (Selasa) bermula 10.45 pagi hingga 3 petang di dua lokasi iaitu sebuah medan selera di kompleks beli belah dan sebuah kedai nasi ayam dan itik di Paya Terubong,” katanya.

Katanya lagi, hasil siasatan turut mendapati nasi ayam dan itik yang dimasak di premis di kompleks beli belah tersebut turut dibawa untuk dijual di kedai Sungai Ara.

“Siasatan oleh JHEAIPP mendapati, kedai nasi ayam dan itik di Sungai Ara tidak dibuka. Selain kedai itu, kita turut menjalankan siasatan di sebuah restoran menjual nasi ayam dan itik di Paya Terubong.

“Premis itu menyediakan makanan nasi ayam, itik dan juga daging khinzir,” ujarnya.

Meskipun begitu, pemilik kedai tersebut mengaku hanya menghantar makanan yang tidak habis dijual ke restoran di Paya Terubong untuk diberikan kepada anjing selain membasuh bekas-bekas dan peralatan makanan di situ.

Tidak itu sahaja, hasil pemeriksaan juga mendapati premis di buat beli belah berkenaan tidak mempunyai SPHM.

“Kita menasihatkan pemilik kedai tersebut memohon SPHM daripada JHEAIPP,” tambahnya.

Terdahulu, tular di media sosial akan video yang memaparkan dua lelaki Melayu dilihat keluar masuk restoran bukan Islam di Paya Terubong dipercayai mengambil makanan untuk dijual di gerai milik orang Islam.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen