Air balang tak ‘kaw’ macam dulu? Caj hantar pula mahal? Syahmi Sazli tampil jelaskan

Oleh: Zuzu Yasmine

Pada Ramadan lalu, Youtuber terkenal Syahmi Sazli telah mencetuskan satu fenomena akan perniagaan air balangnya yang berjaya membuat ramai orang sanggup beratur panjang demi membeli minuman tersebut.

Meskipun sebelum ini terpaksa menghentikan penjualannya atas sebab tertentu namun Syahmi kembali meneruskan jualan air tersebut dengan menghadkan kuantiti tertentu.

Air balang Syahmi dapat kritikan?

Walau bagaimanapun, tular sebuah video akan seorang pembeli yang memberi komen akan beberapa jenis air balang Syahmi Sazli sehingga menarik perhatian ramai.

Video yang dimuat naik di TikTok oleh Yanalee270 itu memaparkan wanita berkenaan mencuba kesemua air yang dibeli dari Youtuber berkenaan dan meluahkan komen peribadinya mengenai setiap perisa minuman tersebut.

@yanalee270 #review #airshahmisazliproduction #5ya satu and caj cod 15ya and xleh oda lebih dari 4botol. #kelantan #makan #myfoodie #fyp #fypシ ♬ dj aku ngombe koe ngombe - v7 Bagasz🗿

“Rasa susu lebih kuat dari rasa Milo sama seperti air Milo di kantin sekolah. Rasa biasa saja dengan air jagung yang kita buat. Boleh dapat di mana-mana kedai air balang. Strawberi rasa masam manis tapi tak ada pun cebisan buah strawberi dalam air. Perisa keladi paling sedap dan berbaloi untuk dibeli lagi.” ujarnya.

Yanalee270 juga memaklumkan bahawa dia terpaksa membayar caj penghantaran sebanyan RM15 kepada runner dan harga untuk satu botol air tersebut adalah RM5.

Syahmi tampil jelaskan

Tidak mahu pelbagai spekulasi berlanjutan, Syahmi telah tampil menjelaskan hal sebenar terutama mengenai caj penghantaran yang terpaksa dibayar oleh pelanggan berkenaan.

@syahmi_sazli

 

♬ original sound - Syahmi Sazli

Menurut Youtuber berusia 27 tahun itu, dia tidak pernah membuka penerimaan runner atu reseller bagi perniagaan air balangnya. Bahkan, dia tidak bertanggungjawab dari segi harga dan rasa sekiranya pengguna tersebut memberi dari runner seperti dikatakan.

“Pertama kali, Mi nak ucapkan terima kasih kepada kakak yang beli air balang Mi. Jadi, sebelum nak jelaskan lebih panjang, Mi nak beritahu buat masa sekarang ni, Mi tak ada buka sebarang runner atau reseller. Tak ada pun dibawah Mi.

“Kalau ada pun yang mengaku dia di bawah Mi dan suruh letak harga tertentu, tak ada. Maknanya runner tu tipu,” katanya.

Syahmi juga menyatakan bahawa dia lebih mengutamakan pelanggan yang ‘walk in’ ke kedainya dengan harga RM5 sebotol dan air tersebut perlu diminum sekurang-kurangnya tiga jam dari masa dibeli.

Katanya, air balang yang dibeli melalui reseller ataupun runner berkemungkinan sudah lama kerana mereka akan mengambil dan mengumpul pesanan dahulu sebelum diserahkan kepada pelanggan.

“Air ni kena minum fresh. Kalau nak simpan, kena dalam freezer, tak boleh simpan dalam peti. Jadi, ada kemungkinan reseller tidak jual dengan segera, mereka akan kumpul pesanan dulu dan boleh jadi memakan masa 2 atau 3 hari kemudiannya baru jual.

“Bila dah lama tidak disimpan dalam freezer, ia dah tidak sama dengan rasa asal,” jelasnya.

Youtuber berkenaan juga menyatakan bahawa dia sangat menjaga kualiti air balang keluarannya malah sebelum dijual kepada pelanggan dia meminta para pekerja untuk merasa terlebih dahulu.

“Yang mana cakap kami dah tak jaga kualiti apabila dah viral, itu salah. Setiap kali sebelum nak mula berniaga, Mi suruh pekerja cuba dulu rasa adakah masih sama,” ujarnya lagi.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen