Terasa hebat ada cable? Mat rempit bangga tayang 'anggota' bantu loloskan motor dari balai

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular di media sosial akan sebuah video yang mengudang pelbagai tanggapan negatif terhadap anggota beruniform.

“Amboi. Bangga tayang salahguna kuasa ya dak?”

Dalam video yang dimuat naik di Twitter oleh Lissa Laila itu memaparkan seorang pengguna TikTok yang berbangga apabila abangnya dipercayai anggota polis membantunya mengeluarkan motorsikal yang disita dari balai.

.

Menerusi video berdurasi 14 saat itu turut dapat dilihat foto lelaki bersama motosikal RXZ berwarna merah dan juga foto seorang lelaki berada di samping kereta dipercayai milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdasarkan lambang yang ada di pintu.

“Disebalik rempit adik, ada bang yang pening kepala.

“Bawak keluar motor dalam balai #42,” tulisnya dalam video.

Dah jelas salahguna kuasa.

Menurut Lissa Laila, dia bukannya mahu menutup periuk nasi orang namun apa yang dilakukan itu adalah satu kesalahan.

Bagaimanapun, video tersebut dipercayai telah dipadam oleh pemilik berkenaan selepas tular di laman Twitter.

Sehubungan dari perkongsian itu, rata-rata warganet mendakwa bahawa adik anggota berkenaan telah menutup periuk nasi abangnya sendiri.

Bahkan mereka juga berpendapat bahawa lelaki berkenaan hanya menambah masalah kepada abangnya sahaja.

Kesian dekat abang

PDRM jalankan kewajipan

Polis prebet selalu over

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen