Cara Khadijah Mencintai Rasulullah S.A.W Yang Boleh Diikuti.

Khadijah adalah seorang isteri yang sangat disayangi oleh Rasulullah s.a.w. Bahkan ketika Khadijah pergi mengadap Ilahi sekalipun, Rasulullah masih menyebut nama khadijah kerana kerinduan baginda terdahap Khadijah. Banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Khadijah sehingga Rasulullah sangat terkesan dengan kehilangannya. Antara cara Khadijah untuk menawan hati Rasulullah adalah dengan:



1. Pengorbanan harta.

Khadijah adalah seorang yang hartawan. Selepas dia berkahwin dengan Rasulullah, dia sanggup kehilangan segalanya untuk Rasulullah laburkan demi Islam tercinta. Teladan ini boleh kita ikuti dalam rumah tangga. Saat suami kesusahan atau memerlukan sesuatu demi kebaikan, ada baiknya kita hulurkan bantuan untuk meringan beban mereka.

2. Penawar saat duka.

Apabila Rasulullah menerima wahyu pertama di Gua Hira, Rasulullah pulang ke rumah dengan keadaan takut. Apa yang dilakukan oleh Khadijah? Dia menenangkan Rasulullah dengan baik, Rasulullah duduk disisi Khadijah dan bersandar kepadanya. Begitulah juga kita sebagai seorang isteri. Ketika suami pulang ke rumah, tenangkan hatinya dengan menyediakan air kegemarannya, sambut kepulangannya dengan senyuman manis. Pasti dia sangat merindui kita saat bekerja di pejabat, balik pun dalam keadaan suka.

3. Bantu Menyelesaikan Masalah.

Ketika Rasulullah dalam keadaan gelisah menerima wahyu tersebut. Kecerdasan Khadijah dapat merasakan ada sesuatu yang terjadi kepada Rasulullah. Lantas, Khadijah bertanya kejadian ini kepada Waraqah bin Naufal. Dengan tanda-tanda kenabian yang ada pada Rasulullah, Waraqah dengan penuh keyakinan meyakini Rasulullah adalah utusan terakhir. Kisah ini mengajarkan kita tentang pentingnya seorang isteri sentiasa menyokong suami. Apabila dia betul, bantulah. Ketika dia salah usah tinggalkan, tapi bawalah dia kea rah kebaikan. Itu ciri-ciri wanita hebat.



Banyak kisah daripada percintaan Rasulullah dengan Khadijah yang boleh kita teladani. Wanita hebat tidak hanya mendukung suaminya saat suka, tetapi tetap setia walau disaat duka. Jom kita ikuti cara Khadijah. Yang belum berkahwin, kita ingat kisah tersebut betul-betul, nanti boleh jadi isteri solehah. Cewah!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen