Masih belum ditemui, KPM beku gaji guru disyaki rogol dua pelajar

Seorang guru yang berasal dari Tumpat Kelantan, telah dibekukan gajinya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selepas dia disyaki merogol dua orang pelajarnya di sekolah menengah di Sebauh, Bintulu beberapa bulan lalu.

Suspek bagaimanapun menghilangkan diri selepas mengetahui dirinya diburu oleh pihak polis.

 

Guru disyaki rogol pelajar larikan diri

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti iaitu Datuk Seri Fatimah Abdullah, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat mangsa berusia 14 tahun pada 27 dan 29 Julai lalu.

Tambahnya, kes berkenaan juga sudah dirujuk kepada Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

"Polis masih memburu suspek yang menghilangkan diri sejak kes itu terbongkar bulan lalu dan saya berharap pihak berkuasa lain termasuk Jabatan Imigresen Malaysia dapat mengesan suspek."

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,"

-Fatimah Abdullah-

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit dalam kenyataan baru-baru ini mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Justeru beliau meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung lokasi suspek diminta supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurikman Hadi di talian 019-3517155.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen