Rayuan Najib ditolak, peguam mohon undur diri?

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas rayuan demi rayuan dilakukan, hari ini, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengemukakan rayuan bagai menanguhkan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

Memetik laporan Harian Metro, Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Najib terdahulu mengemukakan permohonan untuk menangguhkan rayuan itu walaupun mahkamah yang sama sudah menolak permohonan itu sebelum ini.

“Yang Arif, saya sekali lagi mengemukakan permohonan untuk menangguhkan rayuan ini. Saya tidak bersedia untuk meneruskan rayuan ini. Saya membuat kesilapan ketika menerima kes ini pada 21 Julai lalu.

Oleh itu saya minta sekali lagi penangguhan bagi menyemak semula keputusan (menolak permohonan penangguhan) sebelum ini.

Sekiranya mahkamah ini tidak bersetuju dengan permohonan ini maka saya tiada pilihan tetapi memohon untuk menarik diri. Perkara ini amat menyedihkan saya kerana sepanjang 45 tahun saya menjadi peguam ini kali pertama saya berbuat begini,” kata Hisyam.

Difahamkan, jika pemohonan itu tidak dibenarkan dia mahu menarik diri dari terus terlibat dalam kes berkenaan.

Bagaimanapun, panel lima hakim yang dipengerusi oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan itu dan meminta beliau menersukan prosiding rayuan berkenaan.

Untuk makluman, pada Selasa lalu panel lima hakim sudah mendengar permohonan itu dan sudah ditolak.

“Kita sudah mendengar permohonan ini Selasa lalu dan sudah menolaknya. Anda tahu apa kesan kepada anak guam anda? Adakah anda mahu meneruskannya? Adakah anda tahu mahkamah ini mempunyai kuasa untuk meneruskannya bagi memastikan kelancaran prosiding?” Tengku Maimun

“Saya sedar perkara tersebut. Saya serahkan segalanya kepada mahkamah,” kata Hisyam.

Prosiding mahkamah ditangguhkan sebentar berikutan permohonan itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen