"Billie Eilish nampak macam semut!" -Peminat kecewa, macam kena ‘scam’ dengan penganjur

Oleh: Zuzu Yasmine

Konsert Happier tahan Ever World Tour telah berlangsung dengan meriah malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Beribu peminat Billie Eilish telah datang dan berkemah sejak 4 pagi lagi semata-mata untuk bertemu dengan penyanyi antarabangsa itu.

Rasa macam kena Scam

Walau bagaimanapun, peminat-peminat billie Eilish rata-rata meluahkan rasa kecewa dengan sistem pengurusan pihak penganjur konsert tersebut.

Antara yang menjadi keluhan ramai adalah jarak penonton agak jauh membuatkan ramai tidak dapat melihat penyanyi kegemaran mereka dengan lebih dekat.

Malah, mereka juga memaklumkan bahawa realiti sebenar lakaran pentas dan standing zone oleh penonton adalah berbeza.

"Sound pun tak clear."

Turut menerima nasih sama adalah selebriti media sosial, Khairul Aming yang kecewa apabila sistem suara di konsert berkenaan dikatakan tidak dapat didengari dengan jelas.

Bagaimanapun, pemuda berkenaan reda akan nasih yang diterima meskipun terasa seakan terkena ‘scam’ oleh pihak penganjur.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet seakan menumpang malu tentang apa yang dilakukan pihak pengajur. Bahkan, mereka juga berseloroh bahawa peminat sempat bermain bola sambil mendengar konsert penyanyi berkenaan.

Datang tengok padang

Sambil main bola

Memalukan

Risau konsert lain

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen