Disebabkan bukan pertama kali terjadi, sepasang suami isteri hanya mampu pasrah dan reda setiap kali jiran sebelahnya membuat pengubahsuaian rumah.
Tukang 'renovation' uji kesabaran
Dalam paparan yang dikongsi, kelihatan detik bilamana rangka besi dari rumah jiran menembusi dinding rumahnya kesan daripada penolakan yang sangat kuat dari bahagian sebelah.
Walaubagaimanapun, mereka tidak melenting sebaliknya tertawa melihat kejadian tersebut kerana itu merupakan kali ketiga berlaku.
@desianifitriazman xtau nk sedih ke ketawa 🤣🤣 ngekek laki bini tgk 🤣 #fypシ #fypシ゚viral #foryourpage #sabarituindah ♬ Funny Song - Cavendish Music
Banyak kali dinding pecah
Jika dapat dilihat, dalam video lain pula menyaksikan beberapa bahagian lain yang turut mengalami kerosakan seperti dinding bilik air, bumbung rumah serta kereta turut dipenuhi serpihan simen.
@desianifitriazman Replying to @liza2121ls ♬ original sound - Desiani Fitri Azman
Bagaimanapun, sepertimana yang dimaklumkan oleh pemilik akaun, hal itu telahpun diberitahu kepada tuan rumah, namun kejadian sama terus berulang selain menambah bahawa hubungan mereka sesama jiran tidak bermasalah, cuma hal itu melibatkan kepekaan dan cara kerja tukang yang diupah.
"Steady betul laki bini"
Adapun begitu, ramai memuji sifat yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri berkenaan yang benar-benar tabah dan sabar mendepani perangai jiran sebegitu.
Tinggalkan Komen