"Cukuplah apa yang ada..." -Menteri Agama 'saran' konsert tidak perlu di Malaysia

Walaupun konsert jelajah Billie Ellish sudah beberapa hari berlalu, namun hal itu masih menjadi bualan hangat rakyat jelata ketika ini.

Dalam ramai yang menyokong, jangan tak percaya jumlah yang mengkritik juga tidak kurang hebatnya.

 

"Cukuplah apa yang ada"

Terpanggil untuk mengulas perkara tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Idris Ahmad berpendapat agar konsert sedemikian tidak dianjurkan di negara ini.

Ujarnya, itu bukan bermakna beliau anti hiburan, tetapi tidak bersetuju dengan pengajuran konsert yang boleh mengundang pelbagai masalah sosial.

"Sepatutnya, konsert tidak perlu ada. Bukan anti hiburan tetapi cukuplah dengan apa yang kita ada."

"Kita baru saja mengalami pandemik dan Alhamdulillah Allah tarik semula penyakit itu tetapi tiba-tiba kita buat macam ini, jadi amat malanglah."

-Idris Ahmad-

Tak sesuai lihat keadaan ekonomi

Tidak dengan itu, beliau juga berpendapat bahawa program itu tidak sesuai dijalankan berikutan keadaan ekonomi saat ini, bilamana ramai yang terkesan sejak pandemik tahun lalu.

"Dalam keadaan ekonomi yang teruk ini pun rasanya tidak sesuai sebab (penganjuran dan tiket) konsert itu kena bayar banyak."

-Idris Ahmad-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen