Kena hon sebab 'makan' jalan, pelajar bengang nekad belasah sekeluarga tepi jalan

Gara-gara berang dihon, sekumpulan pelajar tergamak melakukan serangan ke atas sepasang suami isteri serta anak mereka yang masih kecil di tepi jalan.

 

Belasah sekeluarga sebab hon

Memetik laporan Majoriti, sewaktu kejadian kumpulan pelajar itu yang menaiki motosikal dikatakan tidak mengendahkan bunyi hon hingga menyebabkan pemandu kereta memintas mereka.

Hal itu telah mencetuskan kemarahan mereka yang mengakibatkan kumpulan pelajar tadi mengejar dan memintas kereta tersebut.

 

Menerusi rakaman tular, sepasang suami isteru terbabit teruk dibelasah oleh remaja yang memakai jersi bola.

Tangisan anak kecil runtun hati

Lebih mengejutkan, kelihatan salah seorang dari kalangan mereka bertindak mengambil sebatang kayu dipercayai untuk memukul mangsa.

Bukan itu sahaja, turut kelihatan seorang wanita mengendong budak kecil tersungkut jatuh ke tanah sambil suaranaya kedengaran menangis meminta tolong dan belas ihsan agar tidak dicederakan.

Tiga suspek lagi diburu

Bagaimanapun, Ketua Polis Bangkala mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Malah, pelaku yang masing berusia 17 dan 19 tahun juga telahpun ditahan bagi membantu siasatan sementara tiga lagi suspek masih diburu.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen