Lebih dahsyat! Ini 5 konsert pernah cetus kontroversi di Malaysia

Mungkin ramai tidak tahu bahawa konsert yang dianjurkan oleh selebriti dari luar negara bukanlah lagi perkara pelik di Malaysia, malah peminat mereka juga menyambut baik dan ikut hadir tanda sokongan.

Konsert pernah cetus kontroversi

Mengimbau kembali konsert di era 2000-an, sebenarnya ada banyak lagi konsert pernah diadakan di Malaysia pernah mencetuskan kontroversi dan berikut merupakan antara yang pernah menjadi fenomena:

 

1) Twice

Dahulu, kumpulan nyanyian dari Korea ini terpaksa berputih mata selepas didapati konsert mereka dibatalkan kurang daripada 24 jam sebelum berlangsung.

Malah, ahli kumpulannya seramai 9 orang juga sudah tiba di Malaysia.

Bagi yang tertanya-tanya akan sebab dibatalkan adalah kerana faktor keselamatan.

2) Jennifer Lopez

Seterusnya, konsert Jennifer Lopez di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 2012 menjadi 'panas' apabila penyanyi berdarah Latin itu tampil dengan pakaiannya menjolok mata?

Usai menyanyikan lagu berjudul 'On The Floor', Jennifer berdiri di tengah-tengah pentas memerhati segenap arena sambil tergelak besar dan membiarkan penonton menatap sepuas-puas tubuh seksinya.

3)Pussycat Dolls

Sama seperti konsert Jennifer, konsert kumpulan penyanyi yang dikenali sebagai Pussycat yang diadakan di Taman Tema Sunway Lagoon menjadi bualan apabila mereka mengenakan pakaian menjolok mata.

Waraganet beranggapan pakaian mereka keterlaluan dan tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.

4) Selena Gomez

Seminggu sebelum konsert, Pemuda PAS menyuarakan bantahan mereka terhadap artis itu membuat persembahan di Malaysia.

Itu kerana bimbang imej seksi dan persembahannya akan mencemarkan kemuliaan di bulan Syawal.

Lebih tak keruan, Exco Hal Ehwal Islam Selangor juga telah mengarahkan semua masjid di Selangor menganjurkan solat hajat supaya konser Selena dibatalkan.

5. Beyonce

Suatu ketika dahulu, Beyonce dikatakan telah melarikan diri ke Indonesia selepas berlakunya salah faham antara pihaknya dengan pihak berkuasa agama.

Menurut sumber, pelantun lagu 'Halo' itu dikatakan tidak didedahkan dengan etika pemakaian berada di atas pentas.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen