Maki orang awam dianggap keterlaluan, pegawai imigresen ditukar bahagian

Ekoran tular sebuah video menyaksikan tindakan biadap seorang pegawai imigresen terhadap orang awam, ketua pengarahnya memaklumkan individu terbabit telah ditukar ke bahagian lain.

 

 

 

Pegawai ditukar bahagian

Menurut Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, kertas siasatan mengikut peraturan dan prosedur tatatertib penjawat awam juga akan dibuka segera oleh Bahagian Integriti Jabatan Imigresin (JIM).

"Jabatan ini memandang serius kejadian berkenaan, walaupun daripada siasatan awal mendapati terdapat unsur provokasi orang awam berkenaan, namun tindakan yang diambil pegawai JIM yang terbabit dalam insiden berkenaan adalah bertentangan dengan slogan jabatan iaitu "Integriti, Professional, Mesra."

"Selain itu, adalah diakui bahawa menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang awam adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang pegawai imigresen yang juga penjawat awam.

-Khairul Dzaimee-

Tambah beliau, pegawai imigresin sepatutnya bijak mengawal diri dan mengambil sikap profesional apabila berdepan dengan provokasi kerana mereka telah diberi latihan dan tunjuk ajar.

 

Kesal orang awam buat provokasi

Bagaimanapun, beliau turut luah kesal dengan tindakan provokasi yang dilakukan oleh orang awam di dalam video tular.

"Pelbagai kemudahan disediakan untuk orang ramai memperbaharui pasport mereka seperti permohonan atas talian dan pemanjangan waktu operasi termasuk Sabtu dan Ahad.

"Justeru, JIM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman sosial jabatan ini untuk maklumat terkini. JIM ingin menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap pegawai yang bersikap tidak profesional dan dalam masa yang sama jabatan ini juga akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang cuba memburukkan imej dan kredibiliti jabatan ini,"

-Khairul Dzaimee-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen