Cinta Itu Tidak Semestinya Memiliki.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang bercinta bertahun-tahun tapi tidak bersatu juga, ada juga yang bercinta bertahun-tahun dapat bersatu. Rasa-rasa anda yang mana? Tidak dapat ditentukan bukan? Jodoh, pertemuan dan ajal adalah di tangan tuhan. Sekuat mana cinta kita, tali apa untuk kita kuatkan perhubungan, itu tidak akan menjadikan seseorang yang bukan untuk anda menjadi milik anda. Jadi jangan terlalu kecewa jika anda tidak dapat bersama dengan orang yang anda cintai. Ketahui lah anda yang lebih baik tersedia untuk anda.



Mengapa cinta itu tidak semestinya memiliki? Kerana cinta perlukan pengorbanan. Dalam sesebuah perhubungan itu, salah seorang perlu lakukan pengorbanan yang lebih. Sama ada anda mahupun pasangan anda. Dengan rasa cinta yang ada itu tidak mencukupi. Ia juga tidak mampu menghalalkan sesebuah perhubungan. Hal ini kerana, sesebuah perhubungan mungkin sahaja akan mendapat halangan. Tidak kiralah sama ada dari keluarga atau rakan sekeliling. Salah seorang daripada anda perlu melakukan pengorbanan itu walaupun pada akhirnya hubungan tersebut tidak berjaya dan hanya luka di hati yang diperolehi.

Di samping itu juga, terpaksa menerima pilihan keluarga. Biasa kita dengar, ada orang yang perkahwinannya sudah ditetapkan oleh ibu bapanya sejak dari kecil lagi. Dengan menggunakan alasan bahawa kedua-dua ibu bapa berkawan rapat maka mereka ingin anak mereka disatukan. Hal seperti ini akan menyebabkan si anak akan merasa terikat lalu terasa tersiksa dengan cinta yang mereka telah pilih. Jadi perkara seperti ini akan membuat seseorang itu terpaksa memilih pilihan hatinya mahu pun pilihan ibu bapanya. Dan pada akhirnya pasti akan ada hati yang terluka.

Selain dari itu, jika ada bercinta dengan seseorang yang menghidap penyakit kronik. Sering kita dengar cinta sehingga akhir hayat bukan. Sebuah percintaan yang kuat namun masih tidak mempunyai satu hubungan yang sah. Namun salah seorang sedang berjuang dengan hidup atau mati. Jika kematian pada akhirnya, maka cinta itu akan dibawa hingga ke hujung nyawa meskipun ia tidak dapat dimiliki.

Perkara yang paling sukar untuk pasangan bercinta adalah percaya kepada sesebuah takdir sama ada di jodoh kita ataupun tidak. Mungkin kita anggap cinta itu yang paling terbaik untuk kita, namun tidak semua orang tahu mengenai perancangan dari Maha Esa. Mungkin dia telah menyediakan yang terbaik untuk kita pada masa akan datang. Namun ia bukan mudah untuk menghilangkan rasa cinta dan kenangan dengan si dia yang pernah kita cinta sepenuh hati.

Jadi buat pasangan yang sedang bercinta, perbanyakkan berdoa agar orang yang sedang bersama anda ialah jodoh anda sehingga ke syurga. Jika dia bukan orangnya, kembalilah pada yang Esa kerana dia lebih tahu apa yang terbaik untuk diri ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen