Individu sebar info palsu, penjara Kajang nafi dakwaan Najib Razak terima layanan VIP

Hangat diperkatakan oleh warganet ketika ini bahawa bekas Perdana Menteri, Najib Razak diberi layanan istimewa sepanjang tempoh penahanannya di Penjara Kajang bermula semalam.

 

Penjara nafi Najib terima layanan VIP

Khabar angin itu kemudiannya mendapat perhatian Jabatan Penjara Malaysia dan pihaknya sekaligus menafikan dakwaan tersebut.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu mereka di laman Facebook.

 

Dalam masa sama, mereka juga menggesa orang ramai agar berhenti menyebarkan berita palsu berkaitan perkara tersebut.

Menerysi hantaran yang tular, pengguna Facebook itu mendakwa sel bagi VIP dibrikan kemudahan seperti televisyen, internet, buku, penghawa dingin, katil dan tilam.

Untuk rekod, semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Susulan itu, Najib dibawa ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman berkenaan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen