Berani buat sumpah mubahalah, AJK pas belum yakin Najib bersalah

Keputusan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman ke atas Datuk Seri Najib atas pertuduhan menyeleweng dana syarikat benar-benar mengejutkan ramai pihak di luar sana.

Dalam ada yang menyokong, tak kurang juga yang membangkang keputusan mahkamah, semalam.

 

Belum yakin Najib bersalah

Namun begitu, seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas bertegas bahawa dirinya belum yakin sepenuhnya bahawa bekas Perdana Menteri itu bersalah seperti didakwa.

Pandangan peribadi itu disuarakan Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki terutama dengan keberanian Najib melakukan sumpah mubahalah sedangkan ia bukan sebahagian daripada proses perundangan.

“Saya yakin sekiranya transformasi ini tidak berlaku, negara kurang berupaya untuk menghadapi Wabak Pandemik Covid-19 baru-baru ini dan pulih dengan begitu pantas.

“Justeru, apa jua pun keputusan yang dijatuhkan mahkamah, masyarakat Malaysia terutama umat Islam perlu terus bersatu-padu untuk membangunkan negara dan mempertahankan keharmonian,” 

-Dr Zuhdi-

Pernah buka jalan perdamaian PAS-UMNO

Malah, katanya Najib juga memainkan peranan besar dalam membuka jalan perdamaian antara Pas dan UMNO yang bermusuh begitu lama sebelum ini.

Dalam pada itu, belau turut meminta rakyat agar tidak melupakan jasa bekas Perdana Menteri itu hanya disebabkan musibah yang menimpanya ketika ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen