Cuma 2 hari 'berehat', Najib Razak naik mahkamah lagi atas kes penyelewengan dana 1MDB

Selepas dua hari menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat kemunculan pertamanya di Kompleks Mahkamah, esok.

 

Sebutan kes penyelewengan dana 1MDB

Memetik sumber Kosmo, kemunculan Najib adalah bagi menghadiri perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib.

Najib dipanggil Mahkamah Tinggi

Selain itu, pada Jumaat pula Najib sekali lagi akan dibawa daripada penjara ke Mahkamah Tinggi bagi menghadiri perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB bagi mengelakkan dirinya dikenakan tindakan undang-undang.

Turut didakwa bersubahat atas pertuduhan sama ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Untuk makluman, selain kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan penyelewengan dana 1MDB serta kes membabitkan laporan audit 1MDB, Najib masih mempunyai dua lagi kes yang masih belum berjalan.

Kes tersebut ialah kes pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dan kes membabitkan Najib dan bekas Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah yang didakwa atas enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen