Rasa macam tak nak bebas? Ini 5 penjara paling mewah di dunia

Bercakap sahaja tentang penjara, mulai terbayang di benak fikiran akan suasananya yang mengerikan selain sudah terbiasa dimomokkan dengan pelbagai kisah mistik di situ.

 

5 penjara paling mewah di dunia

Kebiasaannya penjara yang menempatkan pesalah dikelilingi jeriji besi bagi menghalang mereka daripada lolos sebelum selesai tempoh hukuman.

Namun begitu, mungkin ramai tidak tahu bahawa di dunia ini terdapat penjara yang didiami oleh rakyat biasa, tetapi suasana di dalamnya megah bak hotel mewah.

1. Champ-Dollon, Swiss

Jika dilihat, suasana bilik penjara ini seperti asrama pelajar.

Di dalamnya terdapat tiga buah katil selain memiliki penghawa dingin dan meja.

2. Sollentuna Prison, Swedia

Penjara ini dikatakan antara penjara paling nyaman kerana dihuni oleh seorang pesalah sahaja, namun ruangan dipenuhi dengan pelbagai kemudahan.

Apa yang menyeronokkan, suasana seperti itu membuatkan kita terasa bagai berada di bilik tidur di rumah.

3. Halden, Norwegia

Penjara ini disebut sebagai penjara paling manusiawi di dunia.

Itu kerana ruangan sangat nyaman dengan pencahayaan yang cukup selain dilengkapi dengan fasiliti tambahan seperti TV, ruangan gym serta bilik rakaman muzik.

4. JVA Fuhlsbuettel, Jerman

Suasananya sama seperti penjara Halden, cuma apa yang membezakan dua jenis penjara ini adalah di sini mempunyai tandas peribadi.

5. Aranjuz Prison, Sepanyol

Bagi penjara yang terakhir pula, namanya adalah Aranjuz Prison yanag mana dikhusukan untuk pesalah dari golongan individu bawah umur.

Dalam tahun pertama, ahli keluarga diberi keizinan untuk menemani pesalah yang sedang menjalani hukuman di situ.

 

Demikian antara penjara yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu susulan mengenangkan fasiliti yang disediakan serba moden dan canggih, walhal bangunan itu dihuni oleh pesalah yang sedang menerima hukuman.

Namun, mereka dilayan dengan baik, malah diberi keselesaan lagi sepanjang menjalani tempoh penahanan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen