Najib naik Mahkamah lagi, bicara kes penyelewengan dana 1MDB pula

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari ini, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.

Difahamkan, Bekas Perdana Menteri itu tiba jam 8.30 pagi dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner diiringi anggota pengiring dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara Malaysia.

Najib hadir di Mahkamah Tinggi di sini, bagi perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.

Prosiding akan bersambung dengan mahkamah mendengar keterangan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang akan diperiksa semula oleh pendakwaan.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen