Umum tahu bahawa Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditempatkan di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta didapati bersalah menyeleweng dana milik SRC International Sdn Bhd.
Bahkan kecoh di media sosial bahawa penjara berkenaan miliki sel VIP meskipun telah ditegaskan palsu oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia.
Susulan itu, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Abang Pejan telah berkongsi pengalaman masuk ke penjara itu bagi sesi ‘shooting’ sebagai wartawan.
@abangpejan Rasa mcm tak ada pulak terserempak Sel Penjara VIP kt Kajang.. hui hui hui #fyp #penjarakajang #shareforgood ♬ original sound - faizalmurad
Berkongsi akan keadaan penjara itu, Abang Pejan memaklumkan bahawa sel penjara agak gelap dan dinding pemisah antara tempat tidur dengan bilik air adalah separun dinding sahaja.
Bagaimanapun, dia turut berkongsi bahawa setiap banduan bebas bergerak di dalam penjara dan hanya dikawal oleh pegawai penjara.
Lebih menarik lagi apabila di dalam pennjara tersebut juga terdapat bangkel membuat roti, kraf dan sebagainya bagi para banduan berkerja mendapatkan wang.
Bagi mengisi masa banduan di sana, ahli keluarga boleh mengirim buku-buku malah mereka juga boleh menyambung pelajaran di peringkat tertinggi mengikut kelas-kelas yang ditawarkan.
Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada wartawan berkenaan yang mendedahkan keadaan sebenar.
Bukan itu sahaja, mereka turut berpendapat bahawa tidak semua banduan di sana melakukan jenayah sebaliknya ada yang menjadi mangsa aniaya.
Tinggalkan Komen