Dakwa 'ugut' Agong beri pengampunan? Ketua perhimpunan Najib Razak dipanggil Polis

Tular sebuah video di Twitter menyaksikan tindakan seorang lelaki berjaket ungu menyuarakan permohonannya kepada Yang Di-Pertua Agong agar memberi pengampunan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kesalahan yang dilakukan.

 

"Boleh ke cakap macam tu?"

Bagaimanapun, warganet mendapati bahawa ada unsur ugutan dalam kenyataan lelaki itu bilamana dia memaklumkan akan membawa mengadakan perhimpunan lebih besar jika tiada sebarang tindakan ke atas Najib Razak, minggu ini.

 

 

 

Ketua penganjur dipanggil polis

Menerusi sumber Kosmo, polis telah memanggil penganjur perhimpunan tersebut untuk dirakam keterangan, tetapi berhubung perhimpunann anjuran Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia (PJPNM), semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya mendapati penganjur perhimpunan itu tidak mengemukakan sebarang permohonan daripada pihak polis untuk mengadakan perhimpunan .

“Justeru itu, pihak polis akan membuka kertas siasatan dan akan memangil penganjur untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

-Amihizam Abdul Shukor-

Terdahulu, hampir 300 individu berkumpul di hadapan Istana Negara bagi memohon Yang di Pertuan Agong supaya memberi pengampunan di-raja kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia (PJPNM) turut menyerahkan memorandum kepada Yang di Pertuan Agong.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen