Belajarlah Bersangka Baik Terhadap Pasangan.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”
[Al-Hujurat: 12]


Jauhi bersangka buruk terhadap pasangan. Kan dosa tu, seperti yang dikatakan oleh Allah dalam firman di atas. Sedar tak kita, apabila kita telah berburuk sangka, kadang-kadang mulut tak boleh kawal apa yang ada di hati. Maka, muncul pulalah mengumpat. Huh. Dapat lagi satu dosa. Tak ke sia-sia hidup kita lepas satu, satu dosa yang kita lakukan.

Apa yang terlintas difikiran kita menunjukkan cara pandang kita. Jika kita berfikiran positif, itu menunjukkan kita juga seorang yang positif. Jika kita banyak berfikiran negatif, itulah sikap kita sebenar. Maka, saat ini ubahlah cara fikir kita ke arah yang lebih baik. Untuk mengubah orang lain, mulalah mengubah sikap kita terlebih dahulu. Manusia tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata, tapi lebih mempercayai dengan perbuatan kita. Jika kita baik, orang sekeliling juga turut akan merasa tempias dan ingin berubah.

Berhentilah menghukum. Jika ada persoalan yang timbul di fikiran, bukankah lebih elok jika kita bertanya terlebih dahulu daripada kita membuat andaian yang tidak sepatutnya. Ingat dalil di atas tadi. Berdosa tau.

Ubah limau yang masam menjadi air limau yang sedap. Jika benar si dia memang melakukan kesilapan, adalah lebih baik jika kita mengambil inisiatif terbaik iaitu melupakan kesilapan tersebut, lalu memperbaiki diri kita dengan melihat kekurangan demi kebaikan perhubungan.



Jika lihat perbuatan dosa tersebut, ubahlah mengikut kemampuan seseorang. Ubahlah samaada dengan tangan (hantar masej, nota), dengan kata-kata kita atau jika tidak mampu, tolaklah perbuatan dosa tersebut dengan hati. Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri kita dan pasangan. Fikir adakah lebih baik anda dan pasangan bersama atau berpisah dengannya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen