Teragak-agak nak jawab soalan politik, 4 peserta Dewi Remaja dikecam netizen

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak lima tahun kebelakangan ini, sistem kerajaan di Malaysia telah mengalami pertukaran sebanyak tiga kali.

Buat mereka yang kurang peka akan perkembangan terkini politik, mereka pasti akan keliru akan peralihan kuasa yang berlaku.

Perkara yang sama dilalui oleh beberapa perserta Dewi Remaja apabila beberapa soalan asas politik diajukan kepada mereka.

 

Berdasarkan video yang dikongsi oleh laman Twitter Sinar Harian, empat orang peserta Dewi Remaja tersebut seakan tergagap-gagap apabila cuba menjawab beberapa soalan asas politik.

Dalam video tersebut, wartawan berkenaan mengajukan satu soalan yang mana meminta keempat-empat gadis berkenaan menamakan tiga parti politik pembakang dan tiga parti kompnen dalam Kerajaan Persekutuan.

Seorang peserta dikenali sebagai Noor Alyssa Ahmad Azmi menjawab tiga parti pembangkang adalah PAS, MUDA dan Barisan Nasional sebelum menukar jawapan kepada Pakatan Harapan setelah bertanya kepada rakan sebelahnya.

 

Manakala, peserta lain, Keeran Kaur menjawab tiga parti kerajaan adalah Perikatan Nasional, BERSATU dan PAS sebelum diakhiri dengan tepukan oleh rakan seperjuangannya.

Bagaimanapun, perkara itu tidak menyenangkan warganet malah kesal apabila kesemua peserta berkenaan seakan keliru dengan jawapan yang diberikan.

Buat-buat bijak

Macam mana boleh masuk ni?

Beauty but...

Benda basic pun tak tahu

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen