Berang parkir senget 'makan' petak sebelah, lelaki tekad baling batu, rosakkan kereta

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular di media sosial akan video seorang lelaki dipercayai membaling batu dan merosakkan kereta di sebuah kawasan parkir di Bandar Baru Sentul.

 

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok Hanzo1119 memaparkan tindakan lelaki berkenaan yang berkali-kali membaling batu pada sebuah kereta berwarna hitam.

@hanzo1119 Dude like whats wrong with you 🥹 kesian tuan punya kereta #fyp #berandatiktok ♬ original sound - Avian

Video berdurasi satu minit dan 25 saat itu juga memaparkan lelaki berkenaan turut menendang dan mematahkan ‘wiper’ kenderaan tersebut.

Difahamkan, lelaki berkenaan bertindak sedemikian disebabkan kereta tersebut parkir menyenget sehingga memasuki petak sebelah.

 

Melihat ke ruangan komen, rata-rata bersimpati nasib pemilik kereta berkenaan. Bahkan mereka juga berpendapat meskipun marah namun tindakan merosakkan harta benda orang tetap salah di sisi undang-undang.

Jadikan pengajaran

Tak pasal masuk lokap

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen