Konon nak raih simpati, gelagat 2 peminta sedekah acah patah tengkuk jadi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjual beli di jalan raya yang sesak pastinya menjadi satu kesalahan. Namun, ada sahaja pihak yang tidak mempedulikan keselamatan diri.

Tidak hanya itu, peminta sedekah juga mengambil kesempatan dengan meraih simpati pengguna jalan raya demi mengaut keuntungan mereka.

 

Bagaimanapun, lain pula yang dikongsikan oleh pengguna TikTok Syai990 ini apabila memaparkan gelagat dua peminta sedekah di jalan raya.

@syai990 Bukan main laju menoleh kiri kanan, tak padan tengkuk patah 🤣🤣🤣 #fyp #foryou ♬ suara asli - NAMA KOK FIKI - Fiki Goo 20k🍻

Apa yang menjadi perhatian adalah dua peminta sedekah berkenaan masing-masing mempunyai balutan dileher seolah-olah cedera di bahagian tersebut.

 

Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka itu dilihat sihat berjalan sana sini malah mampu menoleh ke kiri dan kanan dengan baik.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat kejadian tersebut. Bahkan, mereka juga berseloroh bahawa peminta sedekah berkenaan tersilap jadual bertugas.

Namun, ada juga yang bertanya akan tindakan pihak berkuasa mengenai perkara seperti ini.

Salah timetable ni

Jatuh motor sama-sama tu

Mana pihak berkuasa?

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen